13 November 2018 - Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2018 telah diadakan semasa program Public Sector Chief Information Officer Convention And Exhibition (CIO CONVEX) 2018 di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Pemenang pertama kategori 1 Ssektor Awam) dan kategori 2 (Universiti dan Industri) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penghargaan. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan sijil penghargaan. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori:
Kategori Sektor Awam
1. Mentadak Bandar
Agensi: MAMPU
Nama Produk: mylestari
Penerangan Produk: Sebuah aplikasi web yang membantu rakyat dalam mengenalpasti kelestarian sesebuah negeri. Kaedah penilaian dibuat berdasarkan kepada pengukuran Kerangka MURNInets 2.0 yang terdiri daripada 6 dimensi.
2. I.R.D
Agensi: ANGKASA
Nama Produk: ILKBS@kerjaya
Penerangan Produk: Alat bantuan bagi golongan belia membuat keputusan pilihan kerjaya berdasarkan kemahiran yang bersesuaian. Alat bantuan dibina menggunakn hybrid programming language untuk kegunaan di Android dan IOS.
3. Tamkin
Agensi: Kementerian Luar Negeri
Nama Produk: ez4oku
Penerangan Produk: Aplikasi web yang menyediakan maklumat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mencari maklumat berkaitan bantuan, perjalanan luar negara, pekerjaan dan paparan statistik berkaitan.
4. PeGIS
Agensi: SUK Negeri Pulau Pinang
Nama Produk: DENGGI Map Journal
Penerangan Produk: Aplikasi web berkenaan Jurnal kes denggi di Malaysia dan pemetaan lokaliti hotspot di Pulau Pinang menggunakan teknologi geospatial.
5. RosHack
Agensi: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Nama Produk: SayaSelamat
Penerangan Produk: Aplikasi mobile SayaSelamat ialah pembantu keselamatan maya. Memaparkan maklumat kritikal seperti indeks jenayah, statistik kemalangan jalan raya, balai polis, balai bomba, hospital kerajaan, dan pelbagai data OKU.
Kategori Universiti & Industri
1. RTFirst
Agensi: UTMKL & UKM
Nama Produk: I-Queue
Penerangan Produk: Aplikasi web yang memberikan penyelesaian kepada masalah menunggu di kaunter servis kerajaan (antaranya adalah kaunter servis hospital dan klinik kerajaan) dengan lebih mesra pengguna menggunakan teknologi terkini.
2. Terra
Agensi: Universiti Sains Malaysia
Nama Produk: eKecemasan
Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini mampu digunakan untuk melaporkan kejadian kemalangan dan maklumat mangsa ke hospital yang terdekat dengan tempat kejadian yang dikesan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS).
3. Well Care Concepts Asia
Agensi: Ohsemcode Solutions & Ideal Nauticare Sdn Bhd
Nama Produk: Well Care Concepts Asia
Penerangan Produk: Aplikasi web Well Care Concept - amal, kebajikan, sukarelawan dan pelancongan digabungkan.
4. Senduk Lunatech
Agensi: Freelancer
Nama Produk: Oursourcer
Penerangan Produk: Applikasi mobile ini dicipta bagi membolehkan immigran mencari kerja yang diidamkan kerana semua proses akan dilakukan di dalam applikasi ini bermula dari pendaftaran sehinnga bekerja di Malaysia.
5. A&M
Agensi: Authentic Venture Sdn Bhd
Nama Produk: Moving MAMPU's Data Online
Penerangan Produk: Aplikasi web dalam membina API yang disesuaikan untuk data supaya ia berguna untuk dunia teknologi.
Kategori Pelajar Sekolah Menengah
1. Cheese Cake
Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar
Nama Produk: Creona
Penerangan Produk: Aplikasi mobile pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai pilihan seperti capaian maps, cuaca dan penterjemah bahasa serta mempunyai permainan mini yang menyeronokkan.
2. Frontida
Agensi: Kolej Tunku Kurshiah
Nama Produk: Kiddo
Penerangan Produk: Aplikasi ini memberi kemudahan kepada ibu bapa atau penjaga dengan menyediakan maklumat berkaitan klinik kesihatan, pusat jagaan dan kemudahan hiburan kanak-kanak.
3. Meraki
Agensi: Kolej Tunku Kurshiah
Nama Produk: Krizon
Penerangan Produk: Aplikasi mobile yang boleh membantu masyarakat pada waktu-waktu kecemasan.
4. Chipsnut
Agensi: The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Nama Produk: Latrinavigator
Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini tiada lagi di pasaran dan sangat berguna ketika kecemasan terutama sekali kepada OKU. Aplikasi ini dapat membantu OKU mengetahui hala tujunya dan dapat menjimatkan masanya.
5. Bunny Hop
Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar
Nama Produk: Ezjob
Penerangan Produk: Aplikasi web ini boleh digunakan oleh para graduan yang masih menunggu tawaran pekerjaan atau belia yang belum mempunyai pekerjaan dan majikan yang masih mencari kakitangan untuk organisasi mereka.