Keputusan Hackathon Data Terbuka 2019
8 Oktober 2019 – MAMPU telah mengumumkan keputusan pemenang Pertandingan Hackathon Data Terbuka 2019 dalam Persidangan Public Sector CIO Convex 2019 (PSCC 2019) yang telah berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober 2019 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Hadiah berupa wang tunai serta sijil penghargaan telah disampaikan kepada pemenang oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah, MAMPU. Hadiah tempat pertama bagi kategori Sektor Awam dan; kategori Universiti dan Industri berjumlah RM10,000.00, sementara hadiah tempat pertama bagi kategori Pelajar Sekolah Menengah pula berjumlah RM3,000.00. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:
Kategori Sektor Awam
1. PeGIS
Nama Produk: GeoBencana
Keterangan Produk: Aplikasi berkonsepkan pemetaan yang memaparkan keadaan semasa
bacaan paras air sungai, taburan hujan daripada sensor yang disediakan oleh JPS dengan
keupayaan membuat carian dan analisis geospatial.
2. EnVangers
Nama Produk: myEnviro - Portal Informasi Alam Sekitar
Keterangan Produk: Aplikasi ini memudah dan membantu orang awam supaya lebih peka
terhadap kawasan persekitaran dengan memahami kesan persekitaran terhadap kehidupan
harian mereka.
3. IRD Mobile
Nama Produk: iSekolah
Keterangan Produk: Aplikasi mudah alih bagi memudahkan urusan berkaitan persekolahan anak-anak
terutamanya kepada pihak ibu bapa membuat pemantauan berterusan kepada prestasi persekolahan
anak secara berterusan.
4. Harum Manis
Nama Produk: Rukun Tetangga Maya
Keterangan Produk: Aplikasi mudah alih yang dapat membantu rakyat dalam mengenal pasti risiko
jenayah dalam sesebuah negeri. Kaedah penilaian dibuat berdasarkan kepada pengukuran Index
jenayah dan teori keperluan Maslow.
5. Shining Fingers
Nama Produk: MyNanny
Keterangan Produk: Aplikasi dapat membantu ibu bapa mendapatkan maklumat berkaitan taska, pengasuh dan
perkhidmatan yang ditawarkan.
Kategori Universiti dan Industri
1. Team Life
Nama Produk: Smart Irrigation System Using IOT
Keterangan Produk: Produk yang menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) bagi membantu menambahbaik kaedah pertanian di Malaysia. Produk ini turut membantu mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara mengawal kekerapan penggunaan air untuk menyiram tanaman dan membuat ramalan bagi pembajaan tanah dengan tepat. Produk ini menggunakan maklumat statistik yang diperolehi daripada pihak ketiga untuk mentransformasikan sektor pertanian secara digital dengan kos yang rendah.
2. PasarPayang Resources (IP0500455-V)
Nama Produk: HARVESTA
Keterangan Produk: Aplikasi mudah alih yang dapat membantu penanam nanas terutama jenis MD2 meningkat mutu grednya menerusi amalan terbaik, kebolehkesanan dan kecekapan dalam industri pertanian nanas.
3. osdc
Nama Produk: iSearchJob
Keterangan Produk: Aplikasi yang memaparkan jenis pekerjaan yang paling banyak ditawarkan dalam pasaran.
Maklumat dikumpulkan dari portal pekerjaan dalam talian. Fungsi yang tidak terdapat dalam mana-mana portal pekerjaan turut disenaraikan dalam talian seperti kemahiran yang paling diperlukan oleh majikan.
4. SDQH
Nama Produk: sdqh.my
Keterangan Produk: Aplikasi yang menyediakan kemudahan untuk mengumpul dana menerusi bantuan orang awam, organisasi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menaiktaraf kehidupan keluarga ibu tunggal.
5. SynTech
Nama Produk: OhMyTurn
Keterangan Produk: Aplikasi pengurusan nombor giliran secara pintar dengan mengabungkan teknologi GPS
dari telefon pintar bagi membolehkan tempahan nombor giliran atas talian. Ia dapat mengatasi masalah kekurangan parkir dan menjimatkan masa menunggu pesakit dan mengurangkan kos operasi hospital bagi pengeluaran angka giliran bercetak.
Kategori Pelajar Sekolah Menengah
1. What The Heck
Nama Produk: Pelajar Peduli Bayi
Keterangan Produk: Aplikasi yang dapat membantu menyelamatkan nyawa bayi yang tidak diingini di Malaysia
dengan memudahkan sukarelawan menolong mendapatkan bayi di sesuatu lokasi untuk diserahkan kepada “baby hatch center”.
2. Mac N Cheese
Nama Produk: EarthyUs
Keterangan Produk: Aplikasi menyediakan kemudahan terkini tentang alam sekitar yang berlaku di Malaysia untuk golongan vulnerable terdiri daripada orang kurang upaya, wanita, warga tua dan kanak-kanak. Maklumat yang disediakan adalah dalam bentuk statistik, direktori pusat kitar semula serta permainan mini yang menyeronokkan.
3. Overdrive
Nama Produk: HelpCubed
Keterangan Produk: Aplikasi ini membantu pengguna membuat laporan sesuatu kecemasan dengan pantas dan mendapatkan
perkhidmatan kecemasan daripada balai polis, balai bomba, hospital, PLUS dan JKR dengan mudah. Aplikasi menyediakan fungsi bagi kemudahan golongan OKU.
4. Newz Boyz
Nama Produk: Smart Photonic Sprinkler
Keterangan Produk: Produk menginovasikan penggunaan ‘sprinkler’ biasa yang dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0 di mana
menerapkan salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari iaitu ’Affordable and Clean Energy’ turut diterapkan. Produk ini
menggunakan teknologi hijau iaitu dengan menggunakan sumber tenaga solar dan tenaga angin bagi menjana elektrik dengan
Sistem Arduino yang dipasang pada produk. Ia melibatkan penggunaan instrumen seperti Real Time Clock (RTC), Spy Camera dan Rain Sensor untuk pemantauan melalui telefon pintar.
5. I.F.I.S
Nama Produk: Sustain-E
Keterangan Produk: Aplikasi berkonsepkan permainan video yang membolehkan pengguna memahami dan meneliti keadaan
semasa sumber air dengan cara yang lebih menarik. Ia membantu memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan air. testt