MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Utara hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK zon utara  mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 2 April 2018 (Isnin) di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Kedah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.

Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 set data bagi Zon Utara

Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat

Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat