MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Timur hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK Zon Timur mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 18 April 2018 (Rabu) di Dewan Jamuan, Aras 18, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.

Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka bagi Zon Timur

Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat

Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat

Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal