Sebagai makluman, MAMPU akan menganjurkan program Malaysia Open Data User Group (MODUG) yang merupakan salah satu acara tahunan di bawah Inisiatif Data Terbuka. MODUG menyediakan platform bagi menghubungkan agensi Kerajaan selaku pemilik data dengan pelbagai kategori pengguna data terbuka seperti para penyelidik, akademia, pelajar, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat start-up dan media. Pelaksanaan MODUG dapat meningkatkan pendedahan, kesedaran dan penglibatan agensi kerajaan, syarikat dan komuniti berkaitan pelaksanaan Inisiatif Data Terbuka Malaysia serta kepentingannya dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Penganjuran MODUG 2020 bertujuan mendapatkan maklum balas langsung daripada pengguna mengenai set data yang diperlukan, mendapatkan pandangan dan idea untuk meningkatkan kualiti penerbitan set data di Portal Data Terbuka, berkongsi pengetahuan dan kepakaran bagi mengukuhkan dan menyemarakkan lagi pelaksanaan Inisiatif Data Terbuka Malaysia.
MAMPU berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Disember 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform : http://bit.do/MODUG-2020
Bagi yang berminat, tuan/puan mengesahkan kehadiran ke program ini di pautan http://bit.do/Pre-Reg-MODUG sebelum atau pada 11 Disember 2020 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada sekretariat melalui emel, dataterbuka@mampu.gov.my.