6 Disember 2019 (Jumaat) - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Data Terbuka Bilangan 2 Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, Aras 4, Blok B2, MAMPU Putrajaya.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 56 orang pegawai terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus ICT dan wakil-wakil dari Kementerian dan Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri. Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Pencapaian KPI Data Terbuka 2019 bagi Kementerian dan PSUK sehingga 3 Disember 2019 dan juga demonstrasi dan knowledge sharing pemenang hackathon data terbuka 2019 (sektor awam) .

Slaid Taklimat Mesyuarat Penyelarasan Data Terbuka Bil. 2/2019

Slaid Knowledge Sharing PeGIS

Slaid Knowledge Sharing enVangers