Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan CHIPTA 2021 dengan bertemakan “Catalyzing Innovation for New Norm & Better Future”CHIPTA merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan aplikasi mudah alih, analitis data raya dan kecerdasan buatan. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu sektor awam, orang awam/ industri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.  

Peserta pertandingan ini hendaklah menghasilkan Inovasi dalam bentuk aplikasi mudah alih dengan penggunaan sumber data terbuka berdasarkan pemilihan Bidang Fokus dan Kes Bisnes yang disenaraikan dalam syarat penyertaan. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 14 Jun 2021 (Isnin) melalui url https://hackathon.data.gov.my/Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin), pukul 12.00 tengah malam

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada hackathon@mampu.gov.my.

Jom sertai CHIPTA 2021