Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2017 telahdiadakan semasa program Public SectorCIOConvex2017 bertarikh 5 Oktober 2017 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim bin Seman. Pemenang pertama kategori 1 (sektor Awam) dan kategori 2 (Industri dan Universiti) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penyertaan latihan profesional utk data sains dan analitis data selama 3 bulan di Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 berserta Ipad. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori beserta tajuk produk data:
| Kategori 1: Sektor Awam | Tajuk Produk Data |
| 1. Pharmacoders | Health Traveller Malaysia |
| 2. Pegis | Love and Care |
| 3. Roshack | Safer 2 School |
| 4. Iman | e-Musafir |
| 5. Marinehack | eFerryLive |
| Kategori 2: Industri dan Universiti | Tajuk Produk Data |
| 1. TvA | CiTA-City Transit Apps |
| 2. Kuda Api | Smart Fire Fighting |
| 3.RT 33 | WeCare |
| 4. Data Negara | SmartChange |
| 5. The Rox | The Whiz |
| Kategori 3: Pelajar Sekolah Menengah | Tajuk Produk Data |
| 1. Carbonara | Carbonara Navigator App |
| 2. Panda | Face Recognition |
| 3. Olio | Blastoise Smarter City |
| 4. Pro2o | PaperPlanes |
| 5. Verner Coders | Sistem Statistik Jenayah Dadah di Malaysia |