Sebagai usaha memperkasakan pelaksanaan inisiatif Data Terbuka, MAMPU dengan kerjasama Hacks/Hackers Kuala Lumpur akan menganjurkan program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2019 yang bertemakan “Growing Open Data Together”. Program ini merupakan satu platform jalinan hubungan antara agensi pemilik/pembekal data terbuka dengan pelbagai kategori pengguna seperti industri, akademia, media, Badan Bukan Kerajaan, rakyat dan sebagainya. 

 

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam mengarus perdana inisiatif data terbuka dengan mendapatkan maklum balas tentang data terbuka yang diperlukan dan menggalakkan pemilik data menerbitkan data yang berkualiti berdasarkan keperluan pengguna dan memberi impak tinggi dalam perkembangan ekonomi khususnya kepada rakyat.  Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh     : 27 April 2019 (Sabtu)

Masa      : 9.30 pagi - 1.00 petang

Tempat  : Google Malaysia,

                 Level 20, Axiata Tower, 9, Jalan Stesen Sentral 5,

                 Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

 

Klik pautan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.