Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam
Lima (5) kementerian/agensi telah menerima Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu:
- Jabatan Perangkaan Malaysia
- Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Sumber Manusia
Kementerian/agensi ini selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan daripada MAMPU di Persidangan Public Sector Chief Information Officer (CIO CONVEX) 2016 pada 23 Nov 2016 di Hotel Sama-sama KLIA Sepang, Selangor atas komitmen yang tinggi dalam menyumbang data dengan format yang boleh dibaca oleh mesin (machine readable). Walaupun ganjarannya tidak seberapa, MAMPU mengiktiraf sumbangan kementerian/agensi. Program apresiasi ini akan diberikan pada tahun hadapan dan berterusan.