Sebagai usaha menambahbaik program Hackathon serta selaras dengan perkembangan teknologi dan tren semasa, pada tahun ini Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menggabungkan pelaksanaan Hackathon Data Terbuka dan Hackathon Aplikasi Mudah Alih serta menjenamakan semula program ini kepada Program CHIPTA 2020. C H I P T A merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini bagi pembangunan aplikasi mudah alih dengan berasaskan data terbuka. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu Penjawat Awam, Orang Awam/Industri, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Pelajar Sekolah Menengah.
Peserta pertandingan ini boleh menggunakan apa-apa perisian bagi membangunkan Aplikasi Mudah Alih serta menggunakan Data Terbuka berdasarkan syarat penyertaan CHIPTA 2020 seperti di url https://hackathon.data.gov.my/#syarat
Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 4 Ogos 2020 melalui url https://hackathon.data.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2020 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Setiap penyertaan akan melalui penilaian peringkat awal berdasarkan kepada kertas cadangan projek yang dihantar dan pasukan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel untuk mara ke peringkat akhir. Pasukan yang layak perlu memulakan pembangunan produk/inovasi dan penyediaan material pembentangan bermula 7 September hingga 6 Oktober 2020.
Lets join!