MAKLUMAN TERKINI : Tarikh tutup penghantaran aplikasi/produk pertandingan dilanjutkan sehingga 17 September 2019 (Selasa) selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari.

Pada tahun 2019, MAMPU sekali lagi menganjurkan Program Hackhaton Data Terbuka secara dalam talian bagi tempoh 240 jam (10 hari) bermula pada 3 hingga 12 September 2019, disusuli dengan Sesi Pra Penilaian selama dua (2) hari pada 18 dan 19 September 2019 dan Sesi Penilaian Akhir pada 24 September 2019 (Selasa). Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai 16 Ogos hingga 2 September 2019.

Objektif :

  1. Menyediakan platform untuk penciptaan produk data yang kreatif, berkualiti dan berinovasi;
  2. Memanfaatkan keupayaan Data Terbuka dalam penghasilan produk;
  3. Menggalakkan inovasi Data Terbuka dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam;
  4. Memperkasakan produk data untuk peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat; dan
  5. Meningkatkan penarafan Online Service Index (OSI) dan Open Data Barometer (ODB).

SYARAT DAN TEMA PERTANDINGAN

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja.
  2. Penyertaan terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu:
    1. Kategori 1 : Sektor Awam
    2. Kategori 2 : Universiti dan Industri
    3. Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah
  3. Pertandingan adalah secara dalam talian.
  4. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) kumpulan sahaja dan setiap kumpulan hanya boleh mewakili satu (1) kategori sahaja.
  5. Pendaftaran penyertaan adalah secara dalam talian melalui Portal Portal Hackathon Data Terbuka (https://hackathon.data.gov.my).
  6. Apllikasi/produk yang dibangunkan hendaklah dari scratch, asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property). Panel penilai berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.
  7. Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka (https://www.data.gov.my) bagi pembangunan aplikasi/produk adalah MANDATORI. Set data dari sumber lain adalah digalakkan.
  8. Tema pertandingan adalah “Innovation for Well-being”. Peserta boleh membangunkan aplikasi/produk data berdasarkan salah satu atau kombinasi daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) iaitu agenda global yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti berikut:
    1. No Poverty;
    2. Zero Hunger;
    3. Good Health and Well-Being;
    4. Quality Education;
    5. Gender Equality;
    6. Clean Water and Sanitation;
    7. Affordable and Clean Energy;
    8. Decent Work and Economic Growth;
    9. Industry, Innovation and Infrastructure;
    10. Reduced Inequality;
    11. Sustainable Cities and Communities
    12. Responsible Consumption and Production;
    13. Climate Action;
    14. Life Below Water;
    15. Life on Land;
    16. Peace and Justice Strong Institutions; dan
    17. Partnerships to achieve the Goal.
  9. Peserta hendaklah menyedia dan menghantar item-item berkaitan aplikasi/produk yang dibangunkan dan dimuat naik melalui Portal Hackathon Data Terbuka yang disediakan oleh pihak penganjur dalam tempoh 3 hingga 12 September 2019 (sehingga jam 12.00 malam). Laporan hendaklah menggunakan format yang disediakan oleh penganjur seperti berikut:
    1. Format Laporan Ringkas berkaitan aplikasi/produk data (dalam format Powerpoint).
    2. Aplikasi/produk data yang dibangunkan.
    3. Senarai set data yang digunakan (set Data Terbuka dan set data daripada sumber lain).
  10. Pembangunan aplikasi/produk data perlu dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penyerahan aplikasi/produk data yang dibuat selepas tamat tempoh tidak akan dinilai oleh panel penilai.
  11. Aplikasi/produk akhir hendaklah siap dan berfungsi dengan baik serta selari dengan tema pertandingan.
  12. Sesi Pra Penilaian dijalankan pada 18 dan 19 September 2019 ke atas laporan ringkas yang dikemukakan oleh peserta. 
  13. Pasukan yang terpilih ke Sesi Penilaian Akhir hendaklah hadir pada 24 September 2019 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), 3730, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran guru pengiring bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah adalah DIWAJIBKAN.
  14. Penganjur akan berkolaborasi dengan pemenang menerusi perjanjian usaha bersama sebagai langkah yang kukuh dalam usaha memacu penghasilan aplikasi/produk data yang mampan dan memberi impak peningkatan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
  15. Penganjur juga berhak untuk mengubah suai atau meningkatkan keupayaan aplikasi/produk bagi maksud untuk digunakan dalam mana-mana portal rasmi Kerajaan yang difikirkan wajar.
  16. Penganjur tidak akan menanggung segala kos yang terlibat seperti kos pengangkutan, kos penginapan dan lain-lain kos.
  17. Pasukan dikehendaki menggunakan perkakasan, cable converter dan perisian ICT sendiri.
  18. Penganjur berhak meminda syarat dan peraturan tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  19. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden, kesesakan rangkaian internet, masalah kesihatan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami semasa menyertai program.
  20. Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika terdapat pelanggaran syarat.
  21. Keputusan penilaian akhir panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Kriteria penilaian akhir adalah seperti berikut: