Tema: Open Data For Economic Growth And Innovation

 

24 Ogos 2016 - Public Open Data Seminar bertema Open Data For Economic Growth and Innovation di Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyberjaya (MCMC). Seminar  ini bertujuan menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kesedaran berkaitan pengukuhan pelaksanaan Data Terbuka serta memperkasakan penglibatan kementerian, agensi, akademia, entreprenuer dan komuniti. Pihak Open Data Institute (ODI) merupakan pembentang utama taklimat dalam seminar tersebut.  Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang hadir terutama kepada peneraju data terbuka.