MAMPU adalah peneraju dan penyelaras bagi ekosistem Data Terbuka yang melibatkan Kementerian, Universiti Awam dan agensi kerajaan ke arah memperkasakan inisiatif Lautan Data Terbuka. Dalam merealisasikan perkara tersebut, MAMPU menawarkan kemudahan platform sedia ada kepada agensi untuk memuat naik data-data dari Kementerian, Universiti Awam, agensi Kerajaan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Seiring dengan perkembangan semasa, kini Portal Data Terbuka memfokuskan penerbitan set data yang berkualiti. Agensi sektor awam perlu memastikan semua set data yang diterbitkan dalam format terbuka iaitu Nilai Dipisahkan Koma (Comma-Separated Values – CSV). Format CSV ini merupakan format asas yang lebih bersifat terbuka dan tidak memerlukan sebarang perisian berbayar (proprietary) untuk membaca data tersebut. Oleh itu, Tatacara Standard Penerbitan Set Data diterbitkan sebagai sumber rujukan utama agensi sektor awam dalam pelaksanaan data terbuka bagi perkongsian data serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

Tatacara Standard Penerbitan Set Data