Web App - Kiddo / Mobile App - Kiddo

Tujuan : 

Projek ini disasarkan untuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Pada zaman kini, ibu bapa semakin sibuk bekerja untuk mencari duit untuk kesenangan anak-anak mereka sehingga kadangkala mereka tiada masa untuk menguruskan anak mereka sendiri. Aplikasi ini dapat membantu ibu bapa mengatasi masalah mereka dengan menyediakan mereka satu jalan penyelesaian melalui penggunaan aplikasi kami untuk menyelesaikan masalah dalam bidang perubatan, hiburan dan asuhan untuk kanak-kanak

 

Impak : 

Dapat membantu ibu bapa meminimumkan penggunaan masa mereka untuk memberi keselesaan dan layanan terbaik kepada anak-anak mereka walaupun sibuk bekerja.

 

Nilai Komersial : 

Projek ini dapat digunakan untuk semua ibu bapa. Ini akan memudahkan kerja mereka untuk memberi layanan terbaik kepada anak masing-masing terutama sekali bagi yang sibuk bekerja.

 

Sumber Data/Sumber Rujukan : 

Portal data.gov.my

1. Senarai Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Mengikut Negeri Tahun 2016

2. Google Maps

    URL : https://www.google.com/maps

3. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    URL : http://www.lppkn.gov.my/index.php/talian-nur.html