Web App - OKUIT

Tujuan : 

OKUIT merupakan singkatan untuk Orang Kelainan Upaya & Ibu Tunggal. Ia adalah aplikasi mencari pekerjaan disasarkan untuk kumpulan tersebut dilengkapi dengan ciri pendaftaran mudah, padanan kerja mengikut kemahiran, modul pembangunan kemahiran bersijil dalam talian, pilihan gerbang pembayaran, sistem penarafan pekerja dan majikan, pendedahan API dan analisa. Ia adalah aplikasi web yang boleh di akses menerusi komputer riba dan telefon pintar.

 

Impak : 

1. Kumpulan sasar: OKU & Ibu Tunggal dapat menambah ekonomi keluarga. Mengasah kemahiran. Meningkatkan kualiti hidup. Menambah pengalaman. Mudah mencari pekerjaan menggunakan platform digital, bukan lagi manual.

2. Pengguna: Majikan dapat mengakses pengkalan data bagi pekerja berkelainan kemahiran. Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran. Menyokong aspirasi kerajaan memberi peluang pekerjaan untuk kumpulan sasar seterusnya mendapat potongan cukai perniagaan.

3. Pemilik: Data yang dikumpul dapat membuka peluang perniagaan kepada pihak ketiga. Rakan strategik dapat dibentuk melalui tujuan perniagaan yang sama.

 

Nilai Komersial : 

1. Yuran pengurusan untuk setiap transaksi yang berjaya

2. Data sebagai servis

3. Payment gateway

4. Pengiklanan menerusi aplikasi

5. Komisyen dari rakan strategik menerusi kolaborasi perniagaan

 

Sumber Data/Sumber Rujukan : 

Portal data.gov.my

1. Bilangan peserta Development of Women Entrepreneurship Initiatives (DeWI) mengikut bidang.

2. Statistik Bilangan Calon Yang Hadir Temuduga Bagi Urusan Pengambilan Spa Tahun 2011 Hingga 2015 Mengikut Kelayakan Skim.

3. Statistik Pendaftaran Oku Mulai 1 Januari 2014 Sehingga 31 Disember 2014

4. Senarai Restoran di Malaysia.

5. Senarai Maklumat Nama-nama Restoran Dan Kedai Makan Di Daerah Gerik.