Mobile App - KRIZON

Tujuan : 

Aplikasi dibangunkan bagi membantu masyarakat pada waktu-waktu kecemasan. Aplikasi ini mempunyai tiga konteks utama ketika waktu kecemasan iaitu panggilan kecemasan, maklumat ketika kecemasan seperti kit pertolongan cemas, DRABC, langkah merawat gigitan atau sengatan haiwan berbisa. Dengan cara ini, masyarakat dapat mengelakkan daripada kecemasan tersebut menjadi lebih serius malahan kematian turut dapat dielakkan dengan adanya aplikasi ini. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga dapat membantu masyarakat bagi berkomunikasi dengan masyarakat yang kurang berkebolehan terutamanya ketika waktu-waktu kecemasan. Contohnya, tulisan Braille dan bahasa isyarat.

 

Impak : 

Membantu masyarakat dari segi keselamatan mereka. Hal ini kerana, mereka dapat mengambil tindakan awal apabila berlakunya kecemasan. Dalam pada itu, mereka juga dapat mengelakkan kes kecemasan tersebut daripada menjadi lebih serius dan sekaligus dapat menyelamatkan kes tersebut. Masyarakat juga akan menjadi lebih berjaga-jaga ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, masyarakat turut dapat membantu orang kurang upaya yang memerlukan pertolongan.

 

Nilai Komersial : 

Produk ini dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan membantu mereka untuk melakukan dan mengetahui langkah awal ketika berlakunya kecemasan. Hubungan silaturahim juga akan turut erat apabila masyarakat berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

 

Sumber Data/Sumber Rujukan : 

Portal data.gov.my

1. Senarai Balai Polis

2. Senarai Balai Bomba dan Penyelamat di Seluruh Malaysia

3. Hospital Kerajaan di Malaysia

4. Klinik Kesihatan Kerajaan

Lain-lain

1. How to use DRABC – The Primary Survey

    URL : https://www.3btraining.com/first-aid-courses/drabc-primary-survey/