Tujuan :

Aplikasi mudah alih yang berkonsepkan geospatial ini dibangunkan untuk :
1. Memaparkan statistik kes lemas di Malaysia;
2. Membolehkan rakyat menghantar makluman kecemasan secara automatik kepada agensi penyelamat supaya tindakan menyelamat dapat dibuat dengan cepat dan tepat;
3. Memberi maklumat awal kepada pengguna berkenaan keselamatan kawasan rekreasi bagi membolehkan perancangan awal sebelum ke destinasi;
4. Memaparkan maklumat agensi penyelamat berdekatan dengan kawasan rekreasi; dan
5. Memaparkan tips keselamatan kawasan rekreasi dan memaparkan senarai pusat latihan aktiviti air.

Impak : 
Rakyat
1. Maklumat awal mengenai kekerapan insiden lemas, keselamatan kawasan dan rating orang awam terhadap tahap keselamatan di kawasan rekreasi
2. Pemakluman mengenai lokasi serta tunjuk arah ke kawasan rekreasi yang terdapat di Malaysia, fasiliti yang terdapat di kawasan rekreasi dan rating orang awam mengenai keselamatan kawasan berkenaan;
3. Memudahkan pengguna menghantar laporan insiden lemas kepada pihak berkuasa (polis dan BOMBA) secara automatik menerusi maklumat data GPS dan geospatial; dan
4. Membolehkan pengguna membuat perancangan awal sebelum memilih kawasan rekreasi yang selamat dan sesuai.
Kerajaan
1. Mendapat maklumat yang tepat dan cepat;
2. Menambahbaik penyampaian perkhidmatan supaya dapat bertindak lebih cekap dan cepat;
3. Mendapat lokasi kes yang tepat menerusi penggunaan data GPS dan geospatial;
4. Meningkatkan kolaborasi dan koordinasi dikalangan pasukan penyelamat; dan
5. Menyediakan saluran bagi meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan keselamatan ketika melakukan aktiviti di kawasan rekreasi.

Nilai Komersial : 
1. Kolaborasi dengan pusat latihan penyelamat bagi memberi kesedaran dan promosi mengenai aktiviti air menerusi aplikasi ini;
2. Kolaborasi dengan syarikat pelancongan bagi perkongsian kawasan rekreasi yang selamat;
3. Kolaborasi dengan syarikat pembekal peralatan aktiviti air bagi mempromosi peralatan berkaitan;
4. Produk boleh ditambahbaik dan digunapakai untuk lain-lain insiden seperti kemalangan jalan raya, kebakaran; dan
5. Dapat digunakan oleh pelbagai industri misalnya, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan (hotel, perniagaan sukan air, dan chalet), serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (kolam renang, tasik dan taman rekreasi).

Sumber Data/Sumber Rujukan : 
Portal data.gov.my
1. Senarai Balai Bomba dan Penyelamat di Seluruh Malaysia
2. Senarai Balai Polis
3. Statistik Penyelamatan Kecemasan Lain Khidmat Kemanusiaan
4. Lokasi Tempat Menarik di Seluruh Malaysia
Lain-lain
1. Kes Kematian Dan Kecederaan Mengikut Kategori Utama Menyelamat Di Air (Pantai/Sungai/Tasik & Air Terjun/Jeram)