App - Sustain-E

Tujuan :

Aplikasi berkonsepkan permainan video yang membolehkan pengguna memahami dan meneliti keadaan semasa sumber air dengan cara yang lebih menarik. Ia membantu memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan air.

 

Penyataan Masalah :

Generasi kini kian mengambil endah mengenai sumber air yang kian berkurangan di atas muka bumi. Tambahan pula, kurangnya pendedahan pengetahuan berkaitan permasalahan sumber air semasa juga menjadi faktor generasi kini tidak cakna terhadap isu ini. Oleh disebabkan itu, permasalahan berkenaan sumber air yang berterusan ini tidak mampu dipulihkan kerana jumlah sukarelawan yang sudi membantu proses pemulihan dan pemeliharaan sumber air ini kian pupus.

 

Penyelesaian Yang Dibangunkan :

Isu ini dapat dibendung jika wujudnya pembelajaran dan pendedahan awal. Perkara ini boleh disebarkan ke seluruh lapisan masyarakat dengan kehadiran aplikasi permainan video Sustain-E yang menarik dan membekalkan data-data yang mengandungi maklumat berkaitan sumber air yang semakin berkurangan dari hari ke hari. Oleh itu, aplikasi ini bertujuan untuk menarik perhatian lebih ramai lapisan umur agar mempunyai perasaan ingin tahu tentang keadaan sumber air sekarang sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Aplikasi ini juga turut membolehkan pengguna menyertai seperti seorang ahli kelab.

 

Sumber Data/Sumber Rujukan :

  • Portal data.gov.my
  • Water Quality Index Classification by Department Of Environment
  • Sungai Yang Tercemar Mengikut Negeri Dan Punca Punca Pencemarannya Pada Tahun 2009