Mobile App - iSekolah

Tujuan : 

Aplikasi mudah alih bagi memudahkan urusan berkaitan persekolahan anak-anak terutamanya kepada pihak ibu bapa membuat pemantauan berterusan kepada prestasi persekolahan anak secara berterusan.

 

Penyataan Masalah :

Pemantauan berterusan perlu dilakukan terhadap bilangan murid, bilangan sekolah dan bilangan guru agar sentiasa mencukupi dan ditambah baik pada tiap tahun. Analisa keperluan penambahan guru memainkan peranan penting bagi sesebuah sekolah supaya dapat memberikan keselesaan pembelajaran kepada anak-anak.

Aspek kehadiran pelajar ke sekolah juga memainkan peranan penting kepada quality education. Ibu bapa memainkan peranan untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan memastikan kerja rumah yang diberikan dapat diselesaikan.

Suasana pembelajaran tidak bersesuaian juga turut menyumbang kepada kurangya pelajar dan juga pelajar ponteng. Pihak sekolah perlu memastikan fasilti yang lengkap dan juga suasana kelas yang sesuai untuk pembelajaran.

 

Penyelesaian Yang Dibangunkan :

  • Pemantauan secara digital melalui aplikasi mudah alih.
  • Maklumat berkenaan dengan nisbah guru kepada murid dipaparkan bagi memudahkan pertimbangan penambahan guru.
  • Maklumat tahunan turut dimasukkan untuk melihat perbezaan nisbah dari tahun ke tahun
  • Ibu bapa juga boleh menggunakan aplikasi untuk membuat pemantauan berkenaan aktiviti persekolahan anak.

 

Sumber Data/Sumber Rujukan :

  • Portal data.gov.my
  • Bilangan Optimum Murid bagi Sekolah di Malaysia
  • Bilangan guru di Malaysia
  • Bilangan kelas di Malaysia
  • Bilangan Kelas dan Bilik Darjah Malaysia
  • Senarai Perpustakaan Awam Pahang Di Bawah Tadbir Urus Kerajaan Negeri Pahang
  • Enrolmen Peringkat Menengah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Pahang
  • Bilangan Kelas dan Bilik Darjah di Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Pahang
  • Enrolmen Peringkat Rendah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Pahang
  • Senarai Sekolah Rendah Dan Menengah Di Negeri Pahang
  • Bilangan Guru Mengikut Sekolah dan PPD di Pahang
  • Bilangan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Jenis Sekolah, Lokasi dan Kategori di Pahang
  • Lain-lain
  • Student Teacher Ratio Di Malaysia
  • Statistik Cikgu Di Malaysia
  • Statstik Kanak-Kanak di Malaysia
  • News