Mobile App - HelpCubed

Tujuan : 

Aplikasi ini membantu pengguna membuat laporan sesuatu kecemasan dengan pantas dan mendapatkan perkhidmatan kecemasan daripada balai polis, balai bomba, hospital, PLUS dan JKR dengan mudah. Aplikasi menyediakan fungsi bagi kemudahan golongan OKU.

 

Penyataan Masalah :

  • Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghafal nombor-nombor kecemasan mengakibatkan perkhidmatan kecemasan lambat mendapat panggilan dan seterusnya lewat tiba di tempat kejadian.
  • Golongan orang kurang upaya menghadapi kesukaran mencari fasiliti yang mesra OKU.

 

Penyelesaian Yang Dibangunkan :

Aplikasi ini dapat menyenangkan kehidupan pengguna dengan tidak lagi perlu menghafal nombor-nombor talian kecemasan bagi melaporkan sesuatu kejadian dengan hanya menekan satu butang. Aplikasi ini dapat membantu golongan orang kurang upaya mencari tempat yang menyediakan fasiliti yang bersesuaian bagi mereka.

 

Sumber Data/Sumber Rujukan :

  • Portal data.gov.my
  • Senarai Lokasi Balai Bomba dan Balai Polis Malaysia
  • Hospital Kerajaan di Malaysia
  • Senarai Tandas Awam Yang Dibaikpulih Dan Naik Taraf Di Bawah Projek NBOS MYBM JKT 
  • Lain-lain
  • Direktori Kecemasan di Malaysia