Tujuan :
Aplikasi berkonsepkan pemetaan yang memaparkan keadaan semasa bacaan paras air sungai, taburan hujan daripada sensor yang disediakan oleh JPS dengan keupayaan membuat carian dan analisis geospatial.
Penyataan Masalah :
Masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Pemakluman kepada orang awam tentang bencana yang akan berlaku dan telah berlaku biasanya diperolehi bukan daripada sumber-sumber rasmi. Kebanyakannya melalui media sosial. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan maklumat yang sewajarnya supaya orang awam dapat melakukan persediaan yang sebaiknya semasa bencana berlaku.
Penyelesaian Yang Dibangunkan :
Aplikasi berkonsepkan pemetaan atas talian yang dapat membantu orang awam dan jabatan mendapatkan maklumat berkaitan banjir di negeri Pulau Pinang. Di samping itu, ia juga berkemampuan menjana carta untuk kawasan hotspot banjir dan melakukan analisis geospatial seperti analisis kawasan berhampiran dan heat map.
Ciri-ciri aplikasi adalah seperti di bawah :
- Pemetaan bacaan semasa paras sungai, paras laut dan taburan hujan daripada sensor-sensor JPS.
- Pemetaan hotspot banjir yang dijana daripada data terbuka hotspot banjir negeri Pulau Pinang.
Sumber Data/Sumber Rujukan :
- Portal data.gov.my
- Pembekal Makanan
- Hotspot banjir
- Badan Sukarela
- Pegawai Bertugas
- Agensi Bantuan
- Lain-lain
- Data terbuka geospatial daripada Penang GeoHub:
- Pusat Pemindahan Banjir
- Pusat Khidmat Ahli Parlimen
- Pusat Khidmat ADUN
- Klinik
- Hospital
- Sekolah
- Dewan
- Masjid/Surau
- Rumah Ibadat Bukan Islam
- Public Info Banjir - API Taburan Hujan dan Paras Sungai
- Basemap daripada ESRI