Web App - MyNanny

Tujuan :

Aplikasi dapat membantu ibu bapa mendapatkan maklumat berkaitan taska, pengasuh dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Penyataan Masalah :

  • Ibu bapa perlu mencari maklumat mengenai perkhidmatan jagaan anak menggunakan pelbagai saluran seperti media sosial (Facebook, Whatsapp etc.) serta pertanyaan kepada jiran/ kawan-kawan. Ia mengambil masa yang lama dan tenaga yang banyak;
  • Pemilihan taska / pengasuh yang tidak bertauliah dan berdaftar;
  • Peningkatan kes-kes kemalangan semasa di bawah jagaan taska / pengasuh;
  • Pelbagai iklan perkhidmatan atas talian bagi jagaan kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tiada akauntabiliti;
  • Tiada proses tempahan yang berpusat bagi perkhidmatan jagaan anak;
  • Ibu bapa tidak dapat menyemak kelayakan dan keperibadian pengasuh dengan adil dan telus
  • Tiada pusat setempat untuk mengiklankan perkhidmatan jagaan yang ditawarkan oleh taska / pengasuh; dan
  • Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar taska / pengasuh yang menjalankan perkhidmatan jagaan kanak-kanak dengan jumlah bilangan kanak-kanak sedia ada di Malaysia

 

Penyelesaian Yang Dibangunkan :

MyNanny merupakan aplikasi web yang menawarkan perkhidmatan one-stop center bagi maklumat penjagaan kanak-kanak dan khidmat asuhan secara BULANAN, PART-TIME dengan jam berkerja NORMAL / SHIFT kepada golongan ibu bapa. Perkhidmatan MOBILE NANNY turut disediakan dengan jagaan anak di kediaman sendiri. Lima (5) perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

  • Carian Taska / Pengasuh yang bertauliah serta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  • Tempahan Taska / Pengasuh mengikut lokasi, jenis pengasuh, yuran perkhidmatan dan sebagainya;
  • Semakan kekosongan Taska / Pengasuh;
  • Rating bagi perkhidmatan jagaan anak yang ditawarkan; dan
  • Iklan perkhidmatan jagaan anak-anak

 

Sumber Data/Sumber Rujukan :

  • Portal data.gov.my
  • Bilangan Taska Berdaftar Dan Pengasuh Mengikut Negeri
  • Weight-for-height (WHZ) Status Among Children Under 5 Years Old In Malaysia
  • Taska & Tabika Kemas 2017
  • Taska Orang Asli 2017
  • Laporan Spesifikasi Output Taska Permata Perpaduan
  • Senarai Peta Daerah Siri My91001r Bagi Semenanjung Malaysia Dan Siri My90001r Bagi Sabah Dan Sarawak
  • Lain-lain
  • Senarai Taska / Pengasuh Yang Berdaftar dengan JKM
  • Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2017-2018
  • Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2018