Web App - OhMyTurn / Mobile App - OhMyTurn

Tujuan : 

Aplikasi pengurusan nombor giliran secara pintar dengan mengabungkan teknologi GPS dari telefon pintar bagi membolehkan tempahan nombor giliran atas talian. Ia dapat mengatasi masalah kekurangan parkir dan menjimatkan masa menunggu pesakit dan mengurangkan kos operasi hospital bagi pengeluaran angka giliran bercetak.

 

Penyataan Masalah :

  • Sistem nombor giliran yang diamalkan di hospital masa kini memerlukan pesakit/seseorang berada di hospital untuk mengambil nombor giliran. Pesakit perlu beratur atau menunggu untuk mengambil nombor giliran sebelum proses pendaftaran atau rawatan seterusnya dijalankan. Oleh itu, pesakit perlu datang lebih awal untuk mengambil nombor dan tempoh keberadaan pesakit di hospital bertambah lama. Jabatan Audit Negara mendedahkan sebanyak 41.3% pesakit menunggu 6 jam di bahagian kecemasan.
  • Sekiranya tempoh keberadaan pesakit di hospital bertambah, ini akan menjejaskan bilangan parkir yang diperlukan. Seperti yang kita ketahui, masalah kekurangan parkir di hospital juga merupakan salah satu masalah besar yang perlu di atasi.
  • Sistem Triage yang mana setiap pesakit yang datang akan dinilai oleh Pembantu Pegawai Perubatan. Pesakit kemudiannya akan dikategorikan kepada tiga zon, iaitu zon merah, kuning dan hijau. Rawatan akan diberikan mengikut kepentingan rawatan dan bukannya angka giliran. Hal ini, pesakit masih juga perlu beratur lama.

 

Penyelesaian Yang Dibangunkan :

  • OhMyTurn adalah aplikasi mudah alih yang menggabungkan teknologi GPS dan algoritma pintar yang membolehkan pesakit menempah nombor giliran secara atas talian dari rumah atau mana-mana lokasi mereka berada. Sebaik sahaja pesakit menempah nombor giliran, OhMyTurn akan mengambil kira jarak lokasi untuk menentukan nombor giliran optimum agar pesakit tidak perlu menunggu lama untuk pendaftaran. Sekiranya pesakit tidak sempat sampai di hospital mengikut giliran yang diberikan, sistem OhMyTurn akan secara automatik memberikan nombor giliran baharu. Dengan adanya sistem ini, diharapkan ianya dapat membentu menyelesaikan masalah berikut:
  • Mengurangkan kesesakan parking yang sering tidak mencukupi dalam kawasan hospital
  • Mengurangkan masa menunggu bagi para pesakit untuk berjumpa doktor
  • Kos operasi pihak hospital yang tinggi bagi mengeluarkan angka giliran yang dicetak

 

Sumber Data/Sumber Rujukan :

  • Portal data.gov.my
  • Sebab Utama Kemasukan Pesakit Di Hospital Kkm Dan Swasta
  • Laporan pesakit dalam
  • Kemasukan Pesakit Ke Hospital Mengikut Negeri
  • Kemasukan Pesakit Di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Diseases Of The Respiratory System
  • Kemasukan Pesakit Di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Diseases Of The Digestive System
  • Kemasukan Pesakit Di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Certain Infectious And Parasitic Diseases
  • Statistik kedatangan pesakit luar di hospital dan fasiliti kesihatan awam mengikut negeri
  • Lain-lain
  • Current Population Estimates, Malaysia, 2018-2019