MAMPU telah mengadakan Bengkel Libat Urus dan E-Klinik Data Terbuka Sektor Awam Tahun (DTSA) 2022 pada 24 Februari 2022 (Khamis). Program ini merupakan inisiatif bimbingan, perkongsian pandangan serta pertanyaan secara maya yang melibatkan Seksyen Data Terbuka MAMPU bersama-sama dengan pembekal data Portal DTSA iaitu admin dan editor bagi setiap Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK).

Pelaksanaan bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi libat urus pada waktu pagi yang melibatkan Pengurus Keselamatan ICT (ICTSO), wakil Bahagian Dasar serta admin dan editor bagi setiap Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) yang mengandungi pembentangan mengenai pelaksanaan dan hala tuju DTSA. Antara agenda pada sebelah pagi ialah ucapan alu-aluan dan taklimat daripada YBrs. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital (BKD), taklimat daripada Puan Siti Hasnah binti Abu Hasan Shaari, Timbalan Pengarah BKD (Seksyen Data Terbuka) dan juga perkongsian daripada Juara CHIPTA 2021 Kategori Sektor Awam, En. Ghazali Ismail yang mewakili Pasukan Pharmacoders.

Untuk sesi kedua (petang) telah diadakan eKlinik yang melibatkan admin dan editor bagi setiap Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK). Menerusi pelaksanaan eKlinik ini pembekal data (admin dan editor) boleh berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai dari Seksyen Data Terbuka untuk pertanyaan dan bimbingan penggunaan fungsian Portal DTSA 2.0.

Slaid bagi program ini adalah seperti berikut:

1. Taklimat Hala Tuju Data Terbuka Malaysia oleh Pengarah BKD

2. Taklimat Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam oleh Timbalan Pengarah BKD (Seksyen Data Terbuka)

3. Kepentingan Data Terbuka Dalam Penghasilan Inovasi oleh Encik Ghazali

4. Taklimat Penerbitan Set Data dan Tiket Permohonan Data

5. Taklimat ODEXIS Dashboard dan ODEX API