Kumpulan butiran data yang berkaitan.

Data yang boleh diakses, diguna dan dikongsi oleh sesiapa jua.

Untuk mengetahui cara membersihkan data, sila layari :

Why does open data matter for Malaysia?

Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.

Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.

Set data akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.

Kerajaan berkongsi set Data Terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan. Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.

Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.

Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal. Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya. Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.

Format yang diterima pada ketika ini ialah .csv sahaja.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2021 – Dasar Perkogsian Data Sektor Awam boleh dirujuk di url sini

Dokumen rujukan semasa ialah Pekeliling Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam Bil. 1/2015 dan manual-manual pengguna di dalam Portal DTSA. MAMPU sedang merangka Garis Panduan Penerbitan Data Terbuka Sektor Awam untuk menambahbaik rujukan sedia ada.

Bagi pengguna Portal DTSA, tiket merujuk kepada permohonan set data oleh orang awam.

Data bergranular adalah data dalam mana-mana satu medan dipecahkan kepada beberapa sub-medan yang mempunyai atribut yang berbeza.

Contohnya jika satu medan "Alamat" yang asal mengandungi maklumat alamat penuh, ianya boleh dipecahkan kepada sub-medan "Nombor_Rumah", "Jalan", "Poskod", "Daerah", "Negeri" dan sebagainya.

Sila lihat koleksi manual pengguna yang disediakan di dalam Portal DTSA.