MAMPU telah mengadakan Bengkel Libat Urus Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) Tahun 2023 bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) secara berfokus bersama-sama dengan PSUK bagi membincangkan serta berkongsi idea mengenai  strategi pemantapan kualiti set Data Terbuka dan konsistensi pengemaskinian set data terbuka mengikut kekerapan yang telah ditetapkan. Bengkel ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2023 di Pulau Langkawi, Kedah yang turut di hadiri oleh Pengarah Bahagian Kerajaan Digital (BKD) dan Pengarah Bahagian Perundingan ICT (BPICT) MAMPU.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada PSUK mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan DTSA serta mengukuhkan pemahaman administrator dan editor Portal DTSA terhadap kepentingan penyediaan set data yang mematuhi prinsip keterbukaan, terkini, komprehensif, boleh dicapai dan dibaca oleh mesin serta saling kendali. Ini adalah untuk memastikan semua pihak yang terlibat mendapat manfaat daripada set data yang dikongsikan di Portal Data Terbuka.

 

  

 

Slaid bagi program ini adalah seperti berikut:

1. Pembentangan Hala Tuju Data Terbuka Sektor Awam
2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam & Pemantauan Data Terbuka Sektor Awam

3. Tatacara Standard Penerbitan Set Data