MAMPU menerajui dan menyelaras pelaksanaan Program Perkongsian Data melalui Data Terbuka yang bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berpacukan data. Projek ini terus diperkasakan selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020, Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025, Dasar 4IR Negara dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia.

Justeru itu, MAMPU telah melaksanakan Kajian Impak Program Data Terbuka Sektor Awam bagi menilai keberkesanan dan impak pelaksanaan DTSA sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 dan mendapatkan input untuk perancangan pelaksanaan seterusnya. Laporan ini disediakan bertujuan untuk membentangkan hasil soal selidik kajian impak program data terbuka sektor awam yang telah dijalankan sepanjang bulan April hingga Mei 2021. Kajian impak ini terbahagi kepada dua sasaran pengguna iaitu penjawat awam dan orang awam. Soal selidik ke atas penjawat awam bermula pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021 manakala orang awam pula bermula pada 20 April 2021 hingga  7 Mei 2021.

Laporan Kajian Impak Program Data Terbuka Sektor Awam (DTSA)