-
KELAB RUKUN NEGARA
YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Bentong, Pahang (1999) dan majlis sambutan yang sama di Melaka (2000) telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah-sekolah bagi membantu menanamkan rasa kecintaan kepada Negara dan memperkukuhkan perpaduan di peringkat sekolah.
Atas tanggungjawab untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat melalui penghayatan dan pengamalan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperluaskan penubuhan KRN di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004. Majlis Pelancaran Penubuhan KRN Peringkat Kebangsaan pertama kali telah diadakan di Dewan Suarah, Kuching, Sarawak pada 8 Mac 2005.
Data Dictionary
Column | Type | Label | Description |
---|---|---|---|
BIL | text | ||
NEGERI | text | ||
TAHUN | text | ||
BILANGAN SK | text | ||
BILANGAN SJKC | text | ||
BILANGAN SJKT | text | ||
JUMLAH SK | text | ||
BILANGAN SMK | text | ||
BILANGAN SMK (SWASTA) | text | ||
JUMLAH SMK | text | ||
JUMLAH KRN | text |
Additional Information
Field | Value |
---|---|
Data last updated | August 29, 2022 |
Metadata last updated | August 29, 2022 |
Created | August 29, 2022 |
File Format | CSV |
License | Creative Commons Attribution |