-
Senarai Peta Topografi Siri My711T Bagi Tahun 2009
Peta versi terhad yang berskala 1:5 000, 1:10 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Malaya) dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.
Data Dictionary
Column | Jenis | Label | Keterangan |
---|
Maklumat Tambahan
Ruangan | Nilai |
---|---|
Tarikh Data Dikemaskini | 7 Jun 2018 |
Tarikh Metadata Dikemaskini | 7 Jun 2018 |
Tarikh Dicipta | 7 Jun 2018 |
Format Fail | XLSX |
Lesen | Creative Commons Attribution |