Langkah ke kandungan

Senarai Peta Topografi Siri L808

Peta versi terhad yang berskala 1:10 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur dan Kawasan Persekitarannya sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adaiah sempadan negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 5 meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar, jalan raya tunggal, berturap, jalan tidak terturap, lorong boleh berkereta motor, lorong kaki. Jalan dianotasi dan bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan.

Jumlah Dilihat : 469


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Shazlin Omar
Penyelenggara Shazlin Omar
Tarikh Data Dikemaskini Ogos 25, 2021, 19:04 (UTC)
Tarikh Dicipta Ogos 20, 2018, 01:31 (UTC)