Langkah ke kandungan

Senarai Peta Topografi Siri L905

Peta versi terhad yang berskala 1:3,000, 1:5,000, 1:7,500, 1:10,000 dan 1:12,500. Pemetaan siri ini hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter dan ukur ketinggian dalam meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, jalan kererapi dan lorong kaki. Bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu serta susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter).

Jumlah Dilihat : 233


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Shazlin Omar
Penyelenggara Shazlin Omar
Tarikh Data Dikemaskini Mei 7, 2021, 22:50 (UTC)
Tarikh Dicipta Ogos 20, 2018, 01:39 (UTC)