Langkah ke kandungan

Senarai Peta Topografi Siri T931

Peta versi terhad yang berskala 1:3,000, 1:5,000, 1:7,500, 1:10,000 dan 1:12,500. Pemetaan siri ini hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter dan PENERANGAN SET DATA ukur ketinggian dalam meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, jalan kererapi dan lorong kaki. Bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu serta susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter). Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

Jumlah Dilihat : 228


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Shazlin Omar
Penyelenggara Shazlin Omar
Tarikh Data Dikemaskini Mac 29, 2021, 12:29 (UTC)
Tarikh Dicipta Ogos 20, 2018, 01:46 (UTC)