Skip to content

Harga Rumah Mengikut Negeri

Pada Q1 2018, harga purata bagi semua rumah di Malaysia mencapai RM412,449, tren menaik iaitu daripada RM395,526 (Q1 2017) dan RM411,089 (Q4 2017). Purata harga tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur iaitu RM788,810, diikuti oleh Selangor (RM473,370), Sabah (RM441,851), Sarawak (RM440,252) dan Pulau Pinang (RM427,076). Harga terendah direkodkan di Kelantan iaitu pada RM172,480. Pada Q2 2018, penurunan kecil dilihat pada harga “purata rumah” di peringkat kebangsaan iaitu 0.9% menjadikan harga pada RM408,774. Kuala Lumpur kekal pada harga tertinggi iaitu RM772,398. Selangor di tangga kedua pada RM468,954. Diikuti dengan Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing dengan RM445,485, RM437,808 dan RM424,276. Negeri lain merekodkan harga yang rendah dari paras kebangsaan dengan Kelantan masih kekal dengan rekod terendah RM172,500.

No. of Views : 463


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author Nur Hanani binti Yaacob
Maintainer Nur Hanani binti Yaacob
Last Updated December 10, 2021, 02:07 (UTC)
Created November 28, 2018, 01:09 (UTC)