Skip to content

Senarai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009.

Penubuhan Suruhanjaya tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan hakim-hakim tersebut adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Tujuannya ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi hakim mahkamah atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.

Hakim-hakim mahkamah atasan yang dimaksudkan adalah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

Penubuhan SPK adalah sebagai langkah membawa pembaharuan terhadap Badan Kehakiman dan memperkukuh serta meningkat integriti institusi itu. Ia juga akan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat untuk melihat ketelusan dan keadilan dalam sistem kehakiman negara ini. Set data ini menerangkan maklumat berkenaan senarai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan tempoh berkhidmat.

No. of Views : 78


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Author Rosmawati Binti Bakhori
Maintainer -
Last Updated August 23, 2021, 06:46 (UTC)
Created October 5, 2019, 03:09 (UTC)