Skip to content

Senarai Peta Topografi Siri T738

Peta versi tidak terhad yang berskala 1:50 000 hanya merangkumi kawasan Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semula jadi atau buatan dengan anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 20 meter; ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina dan ditunjukkan jalan keretapi. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

No. of Views : 260


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author Shazlin Omar
Maintainer Shazlin Omar
Last Updated May 3, 2021, 08:27 (UTC)
Created July 20, 2018, 02:42 (UTC)