Skip to content

Statistik Pelaksanaan Program Jom Ronda

Program ini dijalankan dengan rondaan bersama yang melibatkan bererapa agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Objektif program ini adalah meningkatkan kerjasama di antara banyak pihak seperti hubungan antara Kawasan Rukun Tetangga (KRT), KRT dengan agensi Keselamatan berkaitan seperti PDRM, JPAM, RELA dan seumpamanya. Program ini turut mengeratkan silaturahim para peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) disamping pertukaran idea dan pandangan mengenai keselamatan setempat kawasan masing-masing.

Selain itu, majlis ini juga menjalinkan hubungan rapat di antara peronda SRS yang berlainan kawasan dan latarbelakang masyarakat. Majlis ini turut membuka ruang kepada peronda-peronda SRS berhubungan dengan pihak PDRM, RELA, JPAM, AADK, dan PBT dan agensi penguatkuasa lain yang berkaitan. Masyarakat turut dipromosikan dengan peranan dan fungsi SRS.

No. of Views : 109


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author MAMPU
Maintainer MAMPU
Last Updated June 27, 2022, 08:28 (UTC)
Created November 22, 2018, 05:54 (UTC)