Skip to content

Statistik Penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT)

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Awam Negeri dan Daerah telah diarah melaksanakan Penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun.

Tujuan penubuhan adalah:

Membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal. Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan diperingkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.

Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.

Penubuhan CDERT oleh Jabatan adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 yang berkehendakkan semua agensi atau pemilik menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat serta mempunyai tahap perlindungan tinggi daripada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa semasa melaksanakan perkhidmatan.

Sesungguhnya impak / kesan daripada sesuatu kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana sudah pasti amat memeritkan dan agak sukar diramalkan serta mendatangkan kerugian yang sukar diterima oleh individu, agensi atau syarikat yang terlibat.

Set data ini memaparkan maklumat mengenai statistik penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) di bawah kendalian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

No. of Views : 246


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author Muhammad Nasri bin Mohd Amin
Maintainer Noorzaiti Ashikin Binti Romli
Last Updated June 2, 2021, 17:38 (UTC)
Created November 23, 2018, 07:49 (UTC)