Skip to content

Laporan Data Pelaksanaan Integrity Pact (IP) bagi 25 Kementerian

Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan oleh pembida/ orang awam untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan. Bagi meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan, semua pihak yang terlibat dalam perolehan Kerajaan adalah dikehendaki menandatangani Integrity Pact. Pihak yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

(a) Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan Kerajaan; (b) Ahli Jawatankuasa Berkaitan Perolehan; (c) Ahli Lembaga/Jawatankuasa Perolehan; (d) Pembida; dan (e) Perunding.

Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan disediakan untuk membantu Agensi Kerajaan dalam memastikan semua perolehan Kerajaan dilaksanakan dengan lebih telus dan seterusnya mengelak berlakunya pembaziran serta penyalahgunaan kuasa.

No. of Views : 71


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source Perbendaharaan Malaysia
Author Unit Pengurusan Maklumat dan Data (D5) Dasar Perolehan Kerajaan & Akreditasi
Maintainer Puan Zarina binti Haron
Last Updated January 29, 2021, 14:49 (UTC)
Created August 30, 2018, 03:47 (UTC)