Pembangunan Sumber Hutan dan Pemeliharaan/ Pemuliharaan Alam Sekitar, 2011-2020
Forest Resource Development Environmental Conservation/Rehabilitation, 2011-2020
Data ini mengandungi tiga data sumber utama iaitu silvilkultur dan pemuliharaan hutan yang terdiri daripada inventori selepas tebangan, memotong akar/pepanjat, tanaman mengaya, kutipan biji benih dan pengeluaran anak benih daripada tapak semaian jabatan (pokok). Selain itu, ia mengandungi data perhutanan masyarakat yang terdiri daripada hutan lipur dan hutan taman negeri, hutan pelajaran dan tanaman tumbuhan ubatan. Manakala pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mengandungi tanaman pesisiran pantai (pokok). Ketiga-tiga data ini adalah bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2011-2020.
This data contains three main sources of data which are silvilculture and forest rehabilitation consisting of post felling inventory, cutting of lianas, enrichment planting, seed collection and seedlings raised from Departments' Nursery (trees). In addition, it contains community forestry data comprising amenity forest and state park forest, education forest and planting of medicinal plants. Meanwhile, environmental conservation and rehabilitation contains coastal planting (trees) .These three data are for a period of 10 years from 2011-2020.
Nota:-
data Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri serta Hutan Pelajaran (bermula 2014) adalah kumulatif manakala bagi Tanaman Tumbuhan Ubatan adalah semasa.
data for Forest Eco-Park and State Park Forest as well as Education Forest (beginning 2014) are cumulative, while Planting of Medicinal Plants are current.
mulai tahun 2013, aktiviti Tanaman Tumbuhan Ubatan tidak dilaksanakan.
beginning 2013, Planting of Medicinal Plants was not carry out.
- termasuk kawasan dirian hutan miskin, kawasan terosot dan lapang (bekas matau, bekas tapak kongsi, lorong penarik dan kawasan tanaman pindah)
- includes poor forest stand, degraded and open areas (former log landing areas, former logging camp sites, skid trails and shifting cultivation areas)
pelaporan direkodkan bermula tahun 2013. Bagi tahun 2017 data hanya meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Pahang.
recording of data started in year 2013.For 2017, data only covers the states of Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, and Pahang.
tanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara
planting of mangroves and other suitable tree species along the national coastline
maklumat kutipan biji benih dari Pusat Perolehan Bji Benih dan Bahan Tanaman Lentang, Pahang
seed collection data from Seeds and Planting Materials Procurement Centre Lentang, Pahang