Skip to content

URUSAN PENGESAHAN PELANTIKAN

Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].

Pengesahan Pelantikan diperlukan bertujuan bagi menentukan seseorang pegawai bersetuju menerima tawaran jawatan, seseorang pegawai yang dilantik telah memenuhi syarat lantikan, tarikh seseorang pegawai mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam, tarikh untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen, dan pengiraan kekananan untuk tujuan naik pangkat dan faedah persaraan.

Set data ini memaparkan maklumat berkenaan urusan pengesahan pelantikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

No. of Views : 102


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Author -
Maintainer -
Last Updated July 22, 2021, 14:15 (UTC)
Created October 5, 2019, 02:56 (UTC)