-
Senarai Peta Topografi Siri MY711T
Peta versi terhad yang berskala 1:5 000 dan 1:10 000 hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini dikategorikan sebagai peta berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang terdapat di dalam peta ini adalah sempadan antarabangsa, sempadan negeri, sempadan daerah, sempadan mukim, sempadan rizab dan sempadan majlis perbandaran. Relief digambarkan dengan garisan kontur bersela 5 meter. Terdapat butiran relief semulajadi dan buatan serta butiran berkaitan dengan relief ditunjukkan. Jalan dikelaskan kepada lebuh raya, jalan raya lain, jalan tidak berturap, jalan sedang dibina, runut kenderaan bermotor, laluan pejalan kaki dan jalan-jalan keretapi. Butiran berkaitan jalan raya dan jalan keretapi turut ditunjukkan. Bangunan juga ditunjukkan dengan simbol tematik dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan bagi membezakan jenis-jenis bangunan tersebut. Manakala bagi tumbuh-tumbuhan dan hidrografi, is ditunjukkan dengan simbol dan warna. Terdapat juga butiran buatan lain dan pelbagai binaan turut ditunjukkan. Menggunakan unjuran Unjuran digunakan adalah Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter).
Data Dictionary
Column | Type | Label | Description |
---|
Additional Information
Field | Value |
---|---|
Data last updated | July 20, 2018 |
Metadata last updated | July 20, 2018 |
Created | July 20, 2018 |
File Format | XLSX |
License | Creative Commons Attribution |
Reason: Content of file appeared to be format "XLS" which receives openness score: 2.
Checked: July 27, 2019