Skip to content

Senarai Peta Topografi Siri MY711T

Peta versi terhad yang berskala 1:5 000, 1:10 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Malaya) dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

No. of Views : 154


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author Shazlin Omar
Maintainer Shazlin Omar
Last Updated May 3, 2021, 06:32 (UTC)
Created June 7, 2018, 03:12 (UTC)