-
Harga Rumah Teres Mengikut Negeri
Pada Q1 2018, harga “purata rumah teres” Malaysia berada pada RM371,331, meningkat 1.4% daripada RM366,081 (Q4 2017). Harga tertinggi masih lagi direkod oleh Kuala Lumpur iaitu pada RM864,465, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan Sabah yang masing masing merekodkan RM508,845, RM472,211 dan RM436,132. Harga rumah di Sarawak dan Johor adalah sederhana iaitu masing-masing pada RM331,551 dan RM289,084 manakala Perlis mencatatkan harga terendah (RM138,760). Berdasarkan daerah/ kawasan, harga tertinggi adalah direkod di Kawasan Pusat Kuala Lumpur (RM1,128,127), diikuti dengan `Penang Island’ (RM934,015), Kawasan Utara Kuala Lumpur (RM761,317) dan Kawasan Selatan Kuala Lumpur (RM758,546).
Pada Q2 2018, harga kebangsaan “purata rumah teres” meningkat 0.1% daripada RM371,331 (Q1 2018) kepada RM371,805 (Q2 2018P). Kuala Lumpur terus menyumbang harga tertinggi pada RM846,713 menurun sedikit pada -2.1% daripada suku sebelumnya. Selangor di tempat kedua tertinggi iaitu pada RM511,164, diikuti oleh Pulau Pinang (RM467,969) dan Sabah (RM439,104). Perlis terus merekod harga terendah iaitu pada RM143,252. Harga mengikut daerah/ kawasan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor adalah antara tertinggi di dalam negara. Kawasan Pusat Kuala Lumpur merekod harga tertinggi pada RM1,102,346, Pulau Pinang (Pulau) kekal di tempat kedua iaitu pada RM953,125, diikuti oleh Kawasan Utara Kuala Lumpur (RM749,153) dan Kawasan Selatan Kuala Lumpur (RM739,379) di Kuala Lumpur.
Data Dictionary
Column | Jenis | Label | Keterangan |
---|
Maklumat Tambahan
Ruangan | Nilai |
---|---|
Tarikh Data Dikemaskini | 28 November 2018 |
Tarikh Metadata Dikemaskini | 13 Mac 2021 |
Tarikh Dicipta | 28 November 2018 |
Format Fail | XLSX |
Lesen | Creative Commons Attribution |
Reason: Content of file appeared to be format "XLS" which receives openness score: 2.
Checked: 22 Ogos 2020