Langkah ke kandungan

Kelab Rukun Negara

YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Bentong, Pahang (1999) dan majlis sambutan yang sama di Melaka (2000) telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah-sekolah bagi membantu menanamkan rasa kecintaan kepada Negara dan memperkukuhkan perpaduan di peringkat sekolah.

Atas tanggungjawab untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat melalui penghayatan dan pengamalan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperluaskan penubuhan KRN di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004. Majlis Pelancaran Penubuhan KRN Peringkat Kebangsaan pertama kali telah diadakan di Dewan Suarah, Kuching, Sarawak pada 8 Mac 2005.

Jumlah Dilihat : 87


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh MOHD RIZAL BIN SOHARI
Penyelenggara MOHD RIZAL BIN SOHARI
Tarikh Data Dikemaskini Ogos 29, 2022, 01:34 (UTC)
Tarikh Dicipta Ogos 15, 2022, 13:07 (UTC)