-
PENGISIAN OKU KPKT DTSA
Set data ini menerangkan tentang pengisian orang kelainan upaya (OKU) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2020.
Nota: DASAR SATU PERATUS (1%) ORANG KELAINAN UPAYA : Dasar yang memperuntukan satu peratus (1%) peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 (PP 3/2008). Dasar ini dilaksanakan selaraskan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan modal insan dalam kalangan rakyat malaysia, khususnya bagi OKU dan merealisasikan hasrat menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang. Pada tahun 2012, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 tahun 2010 (PP 16/2010) yang turut menjelaskan dasar satu peratus (1%) peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kelainan Upaya dan langkah-langkah affirmative yang perlu diambil oleh Kementerian bagi mempercepatkan pencapaian dasar tersebut. Dasar ini menetapkan bahawa setiap agensi hendaklah memastikan pengambilan OKU dibuat sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut. Dasar ini diperluaskan meliputi pelantikan secara tetap, sementara, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuatkuasa. Peratus pegawai OKU di KPKT adalah sebanyak 0.22% seperti senarai di bawah. Sumber: Bahagian Sumber Manusia
Data Dictionary
Column | Jenis | Label | Keterangan |
---|
Maklumat Tambahan
Ruangan | Nilai |
---|---|
Tarikh Data Dikemaskini | 20 Disember 2021 |
Tarikh Metadata Dikemaskini | 20 Disember 2021 |
Tarikh Dicipta | 20 Disember 2021 |
Format Fail | CSV |
Lesen | Creative Commons Attribution |