-
Senarai Peta Topografi Siri L7030
Peta versi terhad yang berskala 1:50 000 hanya merangkumi kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semula jadi atau buatan dengan anotasi. Butiran-butiran buatan yang ditunjukkan adalah termasuk lebuhraya dan jalan raya, jalan kereta api, bangunan dan sempadan. Lebuhraya dan Jalan Raya dikelaskan kepada berkembar atau tunggal, tidak berturap, laluan pejalan kaki dan jalan sedang dibina. Sempadan ditunjukkan mengikut keutamaan dimulakan dengan sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berskala 20 meter dan ukur ketinggian dalam meter. Ciri hidrografi, tumbuhan dan tanaman, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu. Ciri hidrografi juga ditunjukkan. Unjuran digunakan adalah Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter).
Data Dictionary
Column | Jenis | Label | Keterangan |
---|
Maklumat Tambahan
Ruangan | Nilai |
---|---|
Tarikh Data Dikemaskini | 20 Julai 2018 |
Tarikh Metadata Dikemaskini | 7 Mei 2021 |
Tarikh Dicipta | 20 Julai 2018 |
Format Fail | XLSX |
Lesen | Creative Commons Attribution |
Reason: Content of file appeared to be format "XLS" which receives openness score: 2.
Checked: 22 Ogos 2020