Langkah ke kandungan

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang akan menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama apa-apa tempoh semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan selama tempoh yang dijangka kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsi itu. Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh yang baginya Yang di-Pertuan Agong dipilih, bagi baki tempoh itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Jumlah Dilihat : 992


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Nazri bin Zakaria
Penyelenggara Noorzaiti Ashikin Binti Romli
Tarikh Data Dikemaskini Februari 25, 2021, 22:10 (UTC)
Tarikh Dicipta November 19, 2018, 11:49 (UTC)