Langkah ke kandungan

Statistik Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Mengikut Kategori Agensi

AKRAB dalam perkhidmatan awam merupakan pembentukan kelompok sokongan atau perantara yang terlatih dan bertauliah antara ahli AKRAB dengan rakan sekerja dan pegawai psikologi atau pegawai sumber manusia di kementerian atau jabatan. Objektif utama pelaksanaan ialah untuk membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.

Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

Senarai set data ini memaparkan maklumat mengenai statistik Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) mengikut kategori agensi

Jumlah Dilihat : 95


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Ahmad Zaki Zamani Bin Abdul Aziz
Penyelenggara Noorzaiti Ashikin Binti Romli
Tarikh Data Dikemaskini Jun 1, 2021, 04:05 (UTC)
Tarikh Dicipta November 23, 2018, 15:59 (UTC)