Impak persekitaran dan kumpulan marginal inklusif

20 May 2017


Sebanyak 63 set data mengenai alam sekitar telah diterbitkan dalam portal Data Terbuka. Set data alam sekitar tersebut meliputi maklumat mengenai sumber galian, aras laut, sungai, hutan, pencemaran udara dan kawasan tadahan air.  Antara senarai set data mengenai alam sekitar yang telah diterbitkan adalah seperti yang berikut:

1. Jumlah Pengeluaran Mineral dari tahun 2006 hingga 2010

2. Peninggian Aras Laut Semenanjung 2001 hingga 2009

3. Lembangan Sungai Utama Mengikut Kategori 2010

4. Kejadian Banjir Besar Dari Tahun 2004 hingga 2009

5. Kawasan Berhutan di Malaysia 2009 hingga 2012

6. Jumlah Pelepasan Gas Rumah Hijau GHG Negara 2000 hingga 2007

7. Keluasan Hutan Simpanan Kekal HSK 2012

8. Kawasan Hutan Tadahan Air HTA 2010

9. Bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU Di Malaysia pada tahun 2014 hingga 2015

Set data alam sekitar juga telah menarik minat beberapa peserta pertandingan hackathon anjuran kerajaan untuk mencipta produk baharu dengan menggunakan set data terbuka tersebut. 

Pemenang Pertama Hackathon 2015 iaitu Kumpulan Solar telah membangunkan aplikasi Solarflare yang dapat membuat analitis pemasangan solar di kawasan perumahan bagi mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik.

 

 

 

 

Pemenang Ketiga Hackathon 2015 iaitu Kumpulan BigBong juga membangunkan aplikasi mengenai alam sekitar yang diberi nama Ark.  Aplikasi ini berupaya meramal berlakunya banjir di sesuatu kawasan (seminggu lebih awal) akibat kenaikan tahap air sungai. Aplikasi seperti Ark ini dapat membantu pihak berwajib serta penduduk terlibat mengambil tindakan sewajarnya  sebelum berlaku bencana banjir.

 

Aplikasi lain yang telah dibangunkan adalah aplikasi analitis data yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar berkenaan Bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU di Malaysia. Corak atau paten yang diperoleh daripada proses analisis tersebut boleh dimanfaatkan untuk rujukan orang awam dan agensi berkaitan untuk langkah pencegahan dan penambahbaikan.

Inclusion Of Marginal Groups

Kerajaan khususnya MAMPU telah mengadakan berbagai program libat urus, seminar dan pameran untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada agensi kerajaan, swasta, academia, komuniti dan rakyat.  Bilangan kumpulan dari luar agensi kerajaan telah meningkat hasil pemerhatian dari peningkatan bilangan set data yang mereka akses, muat turun, permohonan set data baharu dan permohonan untuk mengadakan temu bual dengan pihak kerajaan. Mereka yang terlibat terdiri daripada golongan yang berikut:

1. Pelajar Pengajian Tinggi yang memerlukan data untuk kajian projek yang sedang dijalankan.

2. Penyelidik  projek tertentu yang memerlukan data kerajaan yang berintegriti

3. Peserta kursus seperti Sains Data yang memerlukan set data untuk menghasilkan analitis data dan produk data sebagai kerja    kursus, kuiz dan projek semasa latihan.   

4. Pihak swasta yang ingin membangunkan produk data atau analitis data.

5. Peserta pertandingan mencipta aplikasi atau produk data baharu seperti hackathon data terbuka.